5 Tip Buat si “Picky Eater”

2463

Anak yang memilih makanan ataupun picky eater sememangnya menjadi dilema buat para ibu bapa. Anak hanya makan sesetengah jenis makanan dan enggan menyentuh makanan lain. Ditambah pula dengan pilihan makanan si manja yang hanya ke arah makanan yang kurang berkhasiat. Makin bertambah pening untuk melayan kerenah mereka ini.

Ibu bapa jangan risau. Hari ini saya akan berkongsi 5 tip bagi si picky eater.

1. Bagi kanak-kanak yang sukar makan makanan-makanan sihat seperti sayuran dan buah-buahan, pastikan anda merancang jadual memasak dan menghias makanan bersama kanak-kanak. Kanak-kanak suka dan gemar makan walaupun sedikit hasil masakan mereka.

2. Bawa kanak-kanak ke pasar raya sedari kecil dan perkenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayuran. Izinkan mereka sentuh, bau, dengar dan rasa makanan tersebut walaupun dalam kadar sedikit.

3. Makan sayuran dan buah-buahan bersama anak-anak. Walaupun anda juga tidak makan sayur, demi untuk mendidik pemakanan sihat dan kesukaan pada makanan-makanan yang baik untuk tubuh dan otak, anda perlu makan sayur bersama anak-anak. Tunjukkan kepada mereka. Lama-kelamaaan anda akan lihat perubahan yang positif dalam pemakanan anak-anak dan anda.

4. Cuba resepi baru dan pelbagaikan juadah. Kanak-kanak juga seperti anda. Mudah berasa jemu dengan makanan dan menu yang sama. Cubalah resepi baru dalam mempelbagaikan sayuran dan buah-buahan. Contohnya, cubalah resepi baru seperti smoothies buahan atau sayuran, hummus buahan atau sayuran selain kacang kuda dan lain-lain.

5. Kreativiti menghias makanan membolehkan kanak-kanak belajar seni keindahan, warna dan bentuk secara seronok. Hias makanan berkhasiat supaya nampak lazat di mata anak. Pelbagai contoh food art boleh dijadikan panduan untuk menghias makanan.

Selamat mencuba! Share Jika Bermanfaat! 

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.